sebuah portal berita di Amerika Syarikat ada mendedahkan foto yang dipercayai wajah suspek tembakan rambang di Las Vegas.

LAS VEGAS – Polis menemui 10 pucuk raifal dan dua pistol dalam bilik suspek kes tembakan rambang di Festival Muzik Route 91 Harvest.

Polis Metropolitan, Undersheriff Kevin McMahill memberitahu, suspek menginap di sebuah bilik di Hotel Mandalay Resort and Casino.

McMahill berkata, polis tidak dapat memastikan sama ada suspek yang ditemui mati sama adamembunuh diri atau ditembak polis semasa kejadian.

Stephen Paddock berusia 64 tahun mati ditemui dalam biliknya selepas kejadian.

Sementara itu, sebuah portal berita di Amerika Syarikat ada mendedahkan foto yang dipercayai wajah suspek hasil carian di Facebook -MalaysiaGazette