Bangunan Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Kadar-kadar jangka pendek dijangkakan kekal kukuh hari ini ekoran campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

BNM menganggarkan kecairan hari ini sebanyak RM35.65 bilion dalam sistem konvensional dan RM9.91 bilion dalam dana Islam.

BNM akan melaksanakan empat tender pasaran wang konvensional dengan masing-masing sebanyak RM2 bilion bagi tujuh hari, 14 hari, 21 hari dan 31 hari.

BNM juga akan menjalankan Tender Matang Islam Qard sebanyak RM 4.6 biliion untuk 7-31 hari dan Program Murabahah Komoditi RM200 juta untuk 31 hari.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan sehingga RM27.7 bilion tender onvensional semalaman dan RM5.2 bilion Qard.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast