PARIS – Juara dunia 100m penuh kontroversi, Justin Gatlin menerima khabar duka apabila namanya tiada dalam senarai anugerah Atlet Terbaik Dunia IAAF.
Ogos lalu, Gatlin menamatkan hukuman penggantungan dua tahun akibat kesalahan doping, mengejutkan dunia apabila merangkul kejuaraan dunia 100m di London.
Dia berjaya menewaskan lagenda pecut Jamaica, Usain Bolt yang menamat kariernya dengan pingat gangsa.
Ketiadaan nama Gatlin itu menyaksikan nama juara dunia atau pemenang pingat emas Olimpik bagi acara 100m tidak tersenarai buat kali pertama sejak 2004.
Ketiadaan nama Gatlin itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana IAAF sudah mengubah peraturan pada 2015 untuk tidak menyenaraikan nama atlet yang pernah dikenakan hukuman akibat kesalahan doping serius.
Mo Farah, juara dunia 10,000m dari Britain mendahului senarai atlet dan juara dunia 400m dari Afrika Selatan, Wayde van Niekerk.
Senarai nama atlet wanita didahului Sally Pearson dari Australia yang muncul juara 100m lari berpagar dan Caster Semenya dari Afrika Selatan dalam acara 800m.- MalaysiaGazette
















