Syed Saddiq Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa menerima ancaman dan peras ugut daripada beberapa individu selepas mendedahkan ditawarkan wang sebanyak RM5 juta oleh seorang penasihat kanan kepimpinan negara.

Dalam satu sidang media kelmarin, Syed Saddiq berkata suapan itu adalah untuk beliau meninggalkan parti dan menyambung pengajiannya di Universiti Oxford.

“Saya sudah berada di balai polis.

“Minta maaf sangat (tidak boleh dedah). (Saya) tidak boleh membuat sidang media (buat masa ini) kerana ia melibatkan beberapa ancaman yang sangat peribadi dan memeras ugut terhadap saya dan keluarga saya,” katanya kepada Malaysia Gazette.

Ketika ini, beliau sedang membuat satu laporan polis berhubung ancaman dan ugutan berkenaan.

Namun tidak mendedahkan kepada media di mana balai polis yang beliau pergi.

Syed dalam sidang media sebelum ini berkata, beliau tidak akan meninggalkan PPBM dan akan terus berada dalam negara untuk mendedahkan rangkaian sistematik dedak ini.

Beliau berkata, tawaran itu dibuat oleh ‘rangkaian sistematik dedak’ yang dirancang individu terbabit dan dikawal di pejabat di sebuah kementerian.

Dalam pada itu Syed berkata, beliau mungkin akan memanggil wartawan untuk satu lagi sidang media setelah mendapatkan khidmat nasihat daripada polis dalam masa terdekat. -MalaysiaGazette