Jumlah rakyat Malaysia yang menderita akibat penyakit buah pinggang kronik meningkat. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pelepasan cukai tambahan ke atas insurans hayat atau perubatan dalam Bajet 2018, merupakan pencapaian besar dalam memacu perlindungan persaraan swasta negara dalam jangka masa panjang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Bhd, Joseph Gross.

Beliau berkata langkah itu akan menggalakkan lebih ramai orang memiliki insurans.

“Saya tahu, tidak mudah untuk menambah pengecualian cukai.

Namun ini merupakan sistem insentif jangka sederhana yang boleh meningkatkan perlindungan persaraan swasta dalam jangka masa panjang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Allianz 3Highs (3H) Cover, di sini hari ini.

Gross berkata demikian ketika ditanya mengenai gesaan penggiat industri itu supaya kerajaan memberikan pelepasan cukai tambahan ke atas insurans hayat atau perubatan dalam Bajet 2018.

Mengenai prospek pasaran insurans hayat di negara ini, Gross yang melihatnya sebagai positif, berkata berdasarkan sejarah, trend jangka panjang pasaran dijangkakan meningkat lima hingga tujuh peratus.

“Trend ini akan berterusan.

“Inilah sebabnya kami menawarkan pelindungan 3H Cover yang mensasarkan orang ramai yang mempunyai pra-kewujudan penyakit 3H seperti kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi atau BMI tinggi,” katanya. – MalaysiaGazette