KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V akan berangkat menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena jubli emas pemerintahan Sultan Brunei esok.
Majlis itu turut dihadiri oleh Datuk Seri Najib Razak dan isteri.
Wisma Putra berkata, kehadiran Sultan Muhammad dan Perdana Menteri itu atas undangan Sultan Brunei i Istana Nurul Iman.
Malaysia dan Brunei menikmati hubungan persaudaraan yang rapat dan istimewa, diteguhkan lagi dengan nilai-nilai dan budaya-budaya yang menghubungkan kedua-dua negara.
Menurutnya, penglibatan tetamu-tetamu terhormat dari Malaysia dalam acara penting ini akan melonjakkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi. – MalaysiaGazette