Home Nasional Pemandu peras penumpang ditahan SPAD

Pemandu peras penumpang ditahan SPAD

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi yang disyaki melakukan pemerasan terhadap penumpangnya pada bulan lalu telah ditahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Khamis lalu.

Pemandu lelaki itu ditahan selepas kejadian itu dilaporkan pada 18 September lalu.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataannya berkata, pemandu dan pengendali teksi telah diarah memberi keterangan dan teksinya turut disita bagi membantu siasatan.

Pemandu itu disiasat mengikut Seksyen 75 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala, pengendali teksi terbabit pula disiasat mengikut Seksyen 22 akta sama, jika didapati bersalah boleh dikenakan denda antara RM1,000 hingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette