Home Dunia Senjata nuklear jamin kedaulatan Korea Utara

Senjata nuklear jamin kedaulatan Korea Utara

SEOUL – Pemimpin Korea Utara berkata, senjata nuklearnya adalah “penghalang kuat” yang menjamin kedaulatan negara itu.

“Senjata nuklear Korea Utara adalah “penghalang kuat yang teguh bagi melindungi keselamatan dan keamanan di Semenanjung Korea dan Asia Timur Laut,” kata Kim, merujuk kepada “ancaman nuklear yang berlarutan oleh imperialis Amerika Syarikat.

Kim Jong-un membuat kenyataan itu selepas beberapa jam Presiden Donald Trump berkata bahawa “hanya ada satu cara” yang boleh menangani program senjata nuklear Korea Utara.

Korea Utara didakwa sedang bersedia untuk menguji pelancaran peluru berpandu, menurut seorang Ahli Parlimen Rusia yang baharu saja kembali dari lawatan ke Pyongyang dipetik sebagai berkata pada Jumaat lalu.

Dalam satu ucapan kepada mesyuarat Jawatankuasa Pusat, Jong-un telah menyebut “situasi antarabangsa rumit”.

Manakala baru-baru ini, Trump membuat kenyataan bahawa Amerika Syarikat akan memusnahkan Korea Utara untuk melindungi diri dan sekutu-sekutunya.

Keadaan ini membuktikan bahawa Korea Utara adalah “byungjin”, yang bermaksud perkembangan senjata nuklear dan ekonominya “betul-betul betul”, kata Jong-un dalam ucapannya.

“Ekonomi negara telah bertambah kuat pada tahun ini, walaupun terdapat sekatan yang semakin meningkat,” katanya yang merujuk kepada resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membendung program nuklear dan peluru berpandu Pyongyang.

Pertemuan itu juga menyaksikan beberapa perubahan muka baharu dalam pusat pemerintahan berkuasa dan legasi Korea Utara, kata media negara.

Saudara perempuan Jong-un iaitu Kim Yo Jong, telah dilantik dalam badan pembuat keputusan tertinggi yang diketuai oleh pemimpin Korea Utara itu.

Pelantikan tersebutmenjadikan wanita berusia 30 tahun itu satu-satunya ahli milenium yang berpengaruh.

Yo Jong, 28 , menjadi pengganti ibu saudara Kim Jong Un, Kim Kyong Hee, yang menjadi pembuat keputusan utama apabila bekas ketua Kim Jong Il masih hidup. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast