KUALA LUMPUR- Platform jualan atas talian, Shopee melancarkan portal khas, Shopee Mall yang menampilkan lebih 100,000 produk dijual secara eksklusif dari lebih 300 jenama dan peruncit terkemuka.

Antara jenama yang ditawarkan termasuk Nestle, Petronas, Watsons, Senheng, Loreal, Huawei dan banyak lagi.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho memberitahu, Shoppe Mall direka memenuhi keperluan pengguna yang semakin moden.

“Kepercayaan adalah faktor utama yang mendorong aktiviti membeli-belah secara dalam talian. Oleh itu, kami menyediakan satu platform yang membolehkan rakyat Malaysia membeli jenama dan produk kegemaran mereka terus daripada pemilik jenama.

“Kami juga menawarkan jaminan produk tulen dan pemulangan wang secara percuma buat kali pertama,” jelas Ian Ho dalam sidang media di sini baru-baru ini.

Shopee mula diperkenalkan pada November 2015.

Sehingga kini, lebih 50 juta pengguna aktif telah memuat turun aplikasi itu di tujuh negara ASEAN seperti Filipina, Thailand, Laos, Vietnam, Singapura, Indonesia selain Malaysia. -MalaysiaGazette