Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

KUALA LUMPUR – Kemasukan semula Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam UMNO pada September baru-baru ini membuktikan parti-parti pembangkang di negara ini bukan berjuang untuk negara dan kebajikan rakyat.

Demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada pemberita hari ini.

“Beliau (Mat Taib) kembali kepada UMNO kerana parti sebelah sana (PKR) tidak berjuang untuk negara dan bangsa.

“Dia sedar perjuangan UMNO pada landasan yang betul jadi dia masuk kembali kepada kita,” katanya.

Justeru, mana-mana pihak yang mahu kembali kepada UMNO setelah keluar parti sebelum ini, tidak mustahil untuk kembali menyertai parti itu.

Ia termasuk bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang kini tidak menyertai mana-mana parti setelah meninggalkan PPBM.

“Terpulang kepada dia (Hamidah),” kata Tengku Adnan ringkas ketika ditanya sama ada UMNO akan mengalu-alukan sekiranya Hamidah kembali ke pangkuan UMNO seperti mana UMNO mengalu-alukan Mat Taib.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast