Home Dunia Penjaga maut diserang dua harimau

Penjaga maut diserang dua harimau

BANGLORE – Seorang penjaga haiwan di Bannerghatta Biological Park di selatan India maut diserang dua ekor harimau putih.

Mangsa, 40, diserang ketika mengarahkan haiwan itu masuk ke kandang pada malam Sabtu lalu.

Seorang pegawai berkata, harimau-harimau itu menerkamnya selepas salah satu daripada empat kandang itu tidak ditutup dengan betul.

Mangsa bekerja di taman negara itu lebih kurang seminggu lalu.

Saudara-mara mangsa yang marah ekoran kejadian itu mahu pampasan kewangan daripada pengurusan taman yang dituduh cuai sehingga mengakibatkan kematian pekerja. – MalaysiaGazette