Home Nasional Awas rakam 250,000 kesalahan lalu lintas sejak April

Awas rakam 250,000 kesalahan lalu lintas sejak April

PUTRAJAYA – Sejumlah 251,193 imej kesalahan lalu lintas dirakam oleh 20 Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) sejak April lalu.

Kesalahan-kesalahan itu membabitkan kelajuan dan melanggar lampu merah.

Awas menyatukan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) telah diumumkan akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 15 April ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Shaharuddin Khalid berkata, sehingga kini hanya RM5 juta kompaun telah dikutip berbanding RM34 juta nilai sebenar.

Setiap kesalahan Awas dikenakan denda sebanyak RM150.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, denda yang dikenakan kepada pesalah-pesalah lalu lintas bukan bertujuan untuk meraih pendapatan sebaliknya mendidik pengguna mematuhi undang-undang.

“Jumlah pesalah mungkin meningkat tiga kali ganda jika kita ada 100 Awas tetapi ia jumlah yang banyak itu tidak mencerminkan sesuatu yang baik,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast