Home Dunia Pelarian Rohingya banjiri sempadan Bangladesh

Pelarian Rohingya banjiri sempadan Bangladesh

Sebahagian kaum wanita Rohingya yang melarikan diri bersama anak-anak ke Bangladesh. foto Agensi

BANGLADESH – Ribuan penduduk Islam Rohingya melarikan diri daripada keganasan di Myanmar di bawah gelombang baharu kebanjiran pelarian di Bangladesh.

Kelmarin, saksi berkata, kebanyakan pelarian itu tiba dengan menaiki bot selepas menyeberangi laluan sempit Sungai Naf yang memisahkan Dhaka dengan Yangon di kampung sempadan Anjumanpara.

Komander Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB), Manzurul Hassan Khan menganggarkan kira-kira 6,000 penduduk Rohingya telah tiba di Bangladesh.

“Ia ketibaan tertinggi pelarian Rohingya sejak dua minggu lalu. Jumlah kemasukan mereka meningkat pada waktu malam,” katanya.

Menurutnya, dua kanak-kanak lelaki berusia tiga dan dua tahun setengah dalam kumpulan pelarian itu dilaporkan meninggal dunia kerana kelaparan dan keletihan ketika melalui perjalanan mencabar merentasi sempadan.

Pada masa ini, PBB menganggarkan 519,000 telah tiba dari Rakhine.-MalaysiaGazette