Barclelona tidka mahu menyerah kalah da;lam mendapatkan Philippe Coutinho pada Januari ini. Daily Mail.

BARCELONA – Barcelona meningkatkan tekanan ke atas Liverpool untuk memiliki Philippe Coutinho pada Januari tahun depan.

The Catalans dikatakan akan kembali dengan bidaan baharu sebanyak £120 juta (RM669.7 juta) untuk memuktamadkan perpindahan bintang antarabangsa Brazil itu dari Anfield.

Coutinho masih diburu Barcelona dengan Ketua Eksekutif kelab itu, Oscar Grau mengesahkan dia serius untuk membawa masuk Coutinho ke Nou Camp Januari ini.

“Kami sudah bersedia membeli Coutinho pada Januari ini atau mana-mana pemain yang dikehendaki kakitangan teknikal kelab kami.

“Tetapi yang penting adalah prestasi kelab ini, jika ada kemasukan pemain, pasti ada yang akan keluar nanti,” katanya.

Seorang pemain yang dikaitkan akan meninggalkan Nou Camp ialah Andre Gomes.

Gomes merupakan pemain antarabangsa Portugal dijangka berhijrah ke Tottenham Hotspurs pada Januari ini.

Perkembangan terbaharu Coutinho mencetuskan kebimbangan penyokong the Kops setelah seorang lagi pemain tengah The Reds, Sadio Mane berehat akibat kecederaan.

Mane tidak akan beraksi untuk 10 perlawanan Liverpool.

Coutinho dikatakan berminat untuk menyertai Barcelona dan telah mengemukakan hasrat itu pada 11 Ogos lalu.

Liverpool bagaimanapun tidak berhasrat melepaskan pemain itu dan memberi amaran kepada Barcelona supaya tidak mengganggu pemain tersebut.

Sebelum ini tiga bidaan dan yang terakhir berjumlah £114 juta dari Barcelona telah ditolak Liverpool. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast