Home Ekonomi IPP Ogos meningkat 6.8%

IPP Ogos meningkat 6.8%

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat sebanyak 6.8 peratus pada bulan Ogos 2017 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Peningkatan dalam bulan Ogos ini disokong oleh pertumbuhan positif dalam semua indeks: pembuatan (7.6%), perlombongan (5.3%) dan elektrik (3.0%).

Jabatan Perangkaan dalam kenyataan berkata, berasaskan tahun ke tahun, output sektor pembuatan meningkat sebanyak 7.6 peratus pada bulan Ogos 2017 selepas mencatatkan peningkatan kukuh 8.0 peratus pada Julai 2017.

Subsektor utama yang merekodkan pertumbuhan pada bulan Ogos adalah: produk petroleum, kimia, getah dan plastik (6.9%); produk peralatan elektrik dan elektronik (8.6%) dan produk makanan, minuman dan tembakau (9.4%).

Output sektor perlombongan meningkat kukuh sebanyak 5.3 peratus pada bulan Ogos 2017 (Julai 2017 : 0.2%).

Pertumbuhan ini disumbangkan oleh kenaikan indeks gas asli sebanyak 14.6 peratus. Bagaimanapun indeks minyak mentah menyusut sebanyak 1.6 peratus.

Output sektor elektrik mencatatkan peningkatan sebanyak 3.0 peratus pada bulan Ogos 2017 berasaskan tahun ke tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast