Bekas Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menarik balik samannya terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, Datin Seri Rosmah Mansor dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR – Bekas pengasas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menempelak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang didakwanya cuba mencampuri urusan parti politik.

Khairuddin juga melahirkan rasa pelik melihat Dzulkifli yang didakwa ‘berlagak’ sebagai seorang ahli politik.

“Tolong jangan banyak cakap Tan Sri Dzulkifli Ahmad! Buat kerja secara profesional, telus, amanah, adil serta saksama cukuplah.

“Secara peribadi saya mengikuti Program Kembara Jelajah Anti Rasuah sempena ulang tahun 50 tahun SPRM dan dapati Dzulkifli dah macam orang politik bukan lagi seorang penjawat awam dalam bidang penguatkuasaan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Malah Khairuddin juga mendakwa gaya dan cara Dzulkifli berceramah sudah menyerupai macam pemimpin politik.

“Di beberapa negeri yang beliau tiba serta hadir, Dzulkifli bersama rombongan diterima kunjungan oleh menteri-menteri besar, ketua-ketua Menteri dan pemimpin-pemimpin politik.

“Ramai juga orang-orang politik terlibat dalam program santai Kembara Jelajah Anti Rasuah SPRM itu. Ini amalan yang tidak sihat bagi saya,” katanya lagi.

Tambah Khairuddin, sekiranya pegawai tertinggi SPRM dilihat terlalu mesra dengan orang-orang politik yang didakwanya juga sebagai kaki rasuah, ia akan menyukarkan siasatan dan sekaligus mempengaruhi tindakan badan siasatan itu terhadap pemimpin politik di negara ini. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. kalau dia minat politik tolong bagi dia kerusi bolih tinggal sprm . orang lain lebih layak menunggu . ada gaya macam spr dah nampaknya

Comments are closed.