Home Dunia Akhiri diskriminasi penduduk Rohingya – Annan

Akhiri diskriminasi penduduk Rohingya – Annan

NEW YORK – Kofi Annan mendesak Majlis Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menghantar balik komuniti Rohingya ke Myanmar

Annan, yang mengetuai sebuah suruhanjaya penasihat kepada kerajaan Myanmar berkata, kuasa dunia mesti bekerjasama dengan pemimpin tentera dan awam untuk menamatkan krisis pelarian Rohingya.

Majlis Keselamatan sedang menimbang, kemungkinan resolusi untuk membuat tuntutan, tetapi para diplomat mengatakan China dan Rusia menentang langkah itu.

“Saya harap resolusi menggesa kerajaan Myanmar mewujudkan keadaan yang membolehkan pelarian kembali dengan aman,” kata Annan kepada pemberita selepas pertemuan tertutup dengan majlis itu.

Katanya, penduduk Rohingya tidak sepatutnya menetap di dalam kem tetapi mereka seharusnya dibantu untuk hidup semula.

Lebih daripada 500,000 orang komuniti Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh sehingga akhir Ogos lalu selepas berlaku keganasan oleh tentera Myanmar yang disifatkan oleh PBB sebagai pembersihan etnik.

Pihak berkuasa Myanmar berkata, punca keganasan itu berlaku selepas pemberontak Rohingya menyerang balai-balai polis.

Isu kepulangan Rohingya membentuk halangan utama kepada Myanmar.

Pejabat hak asasi manusia PBB dalam laporannya baru-baru ini menuduh Myanmar berusaha untuk secara kekal mengeluarkan Rohingya, dengan melakukan tanaman di lombong di sempadan Bangladesh.

“Komuniti antarabangsa kini mula memberi tekanan kepada tentera,” kata Annan sambil menambah bahawa “perbincangan tentera dengan ketenteraan” bertujuan untuk menekan Myanmar mengekang tindakannya.

Annan menyeru majlis itu untuk bersetuju dengan Myanmar dalam “pelan hala tuju” dan memberi amaran bahawa tanpa tindakan “kita akan mempunyai masalah yang memusnahkan jangka panjang” di rantau ini yang “boleh menjadi sangat serius’ seterusnya.

Pada akhir bulan Ogos, Annan menyerahkan laporan akhir suruhanjaya penasihat berhubung Rakhine yang dipengerusikan beliau atas permintaan pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Laporan itu menyeru pemberian hak kewarganegaraan dan hak lain kepada Rohingya, yang tidak mempunyai kerakyatan selepas mengalami diskriminasi yang lama di negara yang majoriti Buddha. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast