Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani

KUALA LUMPUR – Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dijadual mengadakan lawatan negara ke Malaysia selama dua hari mulai esok atas jemputan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

Sheikh Tamim akan diiringi oleh beberapa orang menteri kabinet, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan delegasi perniagaan dari Qatar.

Wisma Putra dalam kenyataannya berkata, lawatan itu merupakan lawatan negara pertama baginda ke Malaysia sejak menaiki takhta pada 25 Jun 2013 sebagai Emir Qatar yang ke-8.

Lawatan negara Emir Qatar ke Malaysia yang terakhir adalah oleh Bapa Emir Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani pada 19-20 Mei 2009.

Malaysia dan Qatar terus menikmati hubungan akrab dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial.

Pada tahun 2016, Qatar telah direkodkan sebagai rakan dagangan Malaysia yang ke-40 terbesar dengan jumlah nilai dagangan sebanyak USD566 juta (RM2.37 bilion).

Jumlah nilai eksport direkodkan pada USD150 juta (RM623 juta) manakala jumlah nilai import adalah sebanyak USD416 juta (RM1.7 bilion), dengan kelebihan jumlah dagangan di pihak Qatar yang berjumlah USD256.94 (RM1.11 bilion). – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast