Sebahagian orang ramai di Himpunan Rakyat Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi di Padang Timur, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. foto SAFWAN MANSOR, 14 OKTOBER 2017

PETALING JAYA – Biarpun berlangsung di kawasan yang terbuka, Himpunan ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ boleh dianggap hambar.

Bermula jam 4 petang tadi, dianggarkan hanya 8,000 orang peserta hadir di perkarangan Padang Timur, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Bagaimanapun orang ramai semakin ramai apabila waktu malam ketika pimpinan tertinggi Pakatan Harapan mula berceramah.

Himpunan dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Kemudian ia diikuti ucapan, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di pentas utama.

Antara kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat hadir adalah Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.

Himpunan itu yang dijangka berkahir jam 11 malam ini akan menampilkan ucapan Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. -MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast