Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Kepimpinan Pas belum lagi┬ámemutuskan sebarang tindakan terhadap mana-mana ahli dan bekas pemimpin partinya yang hadir dalam Himpunan Rakyat ‘Sayangi Malaysia hapuskan Kleptrokasi’ anjuran Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, apa yang pasti, parti itu dengan jelas tidak terlibat dengan penganjuran himpunan yang akan diadakan di padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Kita akan putuskan sekiranya ada ahli dan bekas pemimpin yang hadir nanti. Pas tidak terlibat dan ahli parti tahu kami tidak terlibat dalam himpunan tersebut,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar kerap kali mengkritik partinya dan sering dilihat menghadiri majlis anjuran PH.

Perhimpunan tersebut dijangka berlumba jam 4 petang ini sehingga tengah malam itu akan menampilkan tokoh-tokoh daripada PH antaranya Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PH, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Himpunan terbabit mendapat kebenaran daripada MBPJ namun gagal mendapatkan kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia. -MalaysiaGazette.