Home Dunia Perintah bunuh harimau betina kekal

Perintah bunuh harimau betina kekal

MAHARASHTRA – Mahkamah Maharashtra di barat India telah mengekalkan perintah untuk membunuh harimau betina yang berusia dua tahun selepas mengakibatkan kematian empat orang mangsa.

Kali pertama harimau betina di negeri itu ditangkap pada bulan Julai lalu selepas membunuh dua orang dan mencederakan empat lagi mangsa di bandar Brahmapuri, di Maharashtra.

Haiwan ganas itu kemudian dibebaskan di Rizab Simpang Bir, tetapi telah membunuh dua orang lagi.

Perintah mahkamah itu telah dicabar oleh aktivis-aktivis haiwan.

Dr Jerryl Banait, yang menentang perintah itu akan mencabar keputusan itu di Mahkamah Agung India.

Beliau menegaskan harimau betina perlu dipindahkan ke lokasi lain tetapi penduduk di wilayah itu pula panik dengan cadangan tersebut.

Kala, seorang pegawai hutan yang mengesan haiwan itu berkata, haiwan betina itu berjalan sejauh 500 kilometer (310 batu) sejak memasuki simpanan pada 29 Julai.

India adalah rumah kepada 60 peratus populasi harimau dunia, yang kini diancam oleh kehilangan habitat dan pemburu untuk mendapatkan bahagian tubuh bagi perubatan tradisional.

Dengan peningkatan pencerobohan manusia ke rizab mereka, harimau sering bersaing untuk sumber-sumber penduduk kampung hingga mencetuskan konflik.

Kematian harimau semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Pada 2015, pegawai India melaporkan 80 harimau mati berbanding 78 pada tahun sebelumnya.

Kebanyakan serangan berlaku selepas pertemuan secara tidak sengaja antara haiwan dan manusia dan jarang sekali mangsa diheret. – MalaysiaGazette