Home Dunia 40 maut dalam kebakaran California

40 maut dalam kebakaran California

Kawasan penempatan penduduk di Fountaingrove Parkway menjadi debu selepas terlibat dalam kebakaran. foto Agensi

SANTA ROSA – Angka kematian daripada kebakaran hutan di California meningkat kepada 40 orang.

Kebakaran besar hutan di California semakin dapat dikawal dan beribu-ribu penduduk dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing secara beransur-ansur.

Sejumlah 217,500 ekar hutan terbakar dan menyebabkan sebahagian besar kawasan pengeluaran wain di Napa dan Sonoma musnah.

Kira-kira 22 orang maut di Napa dan Sonoma, sekali gus menjadikan kebakaran itu insiden paling dahsyat dalam sejarah negara.

Seramai 75,000 lagi penduduk masih berada di penempatan sementara. – MalaysiaGazette