KUALA LUMPUR – Nasib malang terus menimpa skuad Harimau Malaya apabila turun empat anak tangga kepada kedudukan ke-170 dunia dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diumumkan hari ini.

Menurut laman web rasmi FIFA www.fifa.com, penurunan ranking skuad bimbingan Nelo Vingada itu adalah disebabkan peningkatan empat anak tangga pasukan jiran, Indonesia yang kini berkongsi mata bersama Guyana di kedudukan ke-165 dunia.

Kedudukan tersebut merupakan ranking terburuk skuad negara sepanjang tahun ini.

Sementara itu, Iran kekal pasukan terbaik Asia dengan menduduki ranking ke-34 dunia meskipun turun sembilan tangga, diikuti Australia (43), Jepun (44) dan China (57).

Turkmenistan menjadi pasukan yang menunjukkan peningkatan paling ketara bulan ini apabila naik 22 tangga ke posisi 114 dunia, manakala Ecuador merosot teruk dengan turun 25 anak tangga kepada kedudukan ke-60.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast