Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu kes penarikan balik tauliah Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jaamah (ASWAJA), Dr. Zamihan Mat Zain yang ditarik balik oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai amaran kepada semua.

Azmin berkata demikian mengulas mengenai tindakan Sultan Selangor yang mendapati ceramah agama yang disampaikan oleh Zamihan mengandungi perkataan-perkataan rasis, kurang beradab dan kritikan melampau terhadap institusi diraja.

“Peringatan untuk semua supaya tidak bersikap melampau dalam berdakwah. Kita hidup bermasyarakat dan Islam pentingkan kesejahteraan masyarakat.

“Itulah dasar kerajaan negeri. Melayu, Cina, India dan kaum lain hidup harmoni di Selangor. Jangan rosakkannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam satu kenyataan rasmi daripada Istana Alam Shah, baginda bertitah, keputusan tersebut diambil selepas mengadakan perbincangan dengan Dewan DiRaja Selangor pada hari ini.

Kedua-dua tindakan tersebut adalah di bawah peruntukan Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) tahun 2008.

Mohamed Azmin dalam pada itu, tindakan oleh Sultan Selangor itu menggambarkan dasar sebenar kerajaan negeri yang hidup harmoni dengan kepelbagaian masyaraka.

Sabtu lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar memaafkan Dr. Zamihan Mat Zin kerana mengkritik baginda dalam satu ceramah di Shah Alam. -MalaysiaGazette.