Datuk Wira Mas Ermiyatie Samsudin.

KUALA LUMPUR – Ahli Puteri UMNO seharusnua tidak menjadi penonton terhadap fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya mereka sepatutnya terus mendekati pengundi muda untk menerangkan perkara yang sebenar berdasarkan kepada fakta.

“Jangan sibuk main telefon bimbit, whatsapp sana sini tetapi gunakan kemudahan itu untuk menangkis semua tuduhan pembangkang.

“Jangan jadi pemonton sebab PRU14 dah semakin dekat dan kita ada banyak kerja nak buat terutama dalam mendekati golongan wanita muda,” kata  Ketua Puteri UMNO, Datuk Wira Mas Ermiyatie Samsudin ketika menyampaikan amanat pilihan raya pada perhimpunan Puteri UMNO Negeri Sembilan.

Sambil meminta semua ahli yang berada di dalam dewan berhenti menggunakan telefon bimbit dan mendengar ucapan yang disampaikan, Mas Ermiyatie menegaskan, Puteri akan mendekati golongan wanita muda melalui pelbagai program yang telah disusun.

“Kita akan pergi semua tempat dengan mengadakan program bagi mendekati golongan wanita muda termasuklah institut pengajian tinggi, pasar raya dan sebagainya.

“Masih ramai lagi golongan wanita muda khususnya yang layak mengundi tetapi masih belum mendaftar. Jadi Puteri akan memainkan peranan untuk mendapatkan mereka seramai mungkin,” katanya.

Ujarnya, fitnah dan tuduhan yang dilemparkan parti pembangkang terhadap kerajaan kini sudah berada pada tahap melampau, termasuk tuduhan mengatakan negara akan bankrap di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Jadi dalam pada kita (Puteri) mendekati golongan muda nanti melalui program yang diadakan, kita akan pastikan semua tuduhan pembangkang akan terpadam dengan sendirinya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.