Kim In Ryong.

NEW YORK – Korea Utara memberi amaran perang nuklear mungkin meletus pada bila-bila masa ketika tentera laut Amerika Syarikat dan Korea Selatan memulakan latihan terbesar bersama pantai timur dan barat Semenanjung Korea.

Kim In Ryong, Timbalan Duta Besar Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, negaranya telah menjadi “kuasa nuklear sepenuhnya yang memiliki penghantaran pelbagai rentang” dan memberi amaran “seluruh tanah besar Amerika Syarikat berada dalam lingkungan bedilannya”.

Beliau juga mendakwa Korea Utara sebagai “negeri nuklear yang bertanggungjawab”.

“Selagi tidak ada yang mengambil bahagian dalam tindakan ketenteraan Amerika Syarikat untuk menentang Korea Utara, kami tidak berhasrat untuk mengguna atau mengancam penggunaan senjata nuklear terhadap mana-mana negara lain,” kata Kim.

Kenyataan itu adalah serupa dengan amaran lain yang pernah dibuat oleh Korea Utara sejak beberapa bulan lalu apabila ketegangan meningkat.

Rejim Kim Jong-un telah berulang kali mengatakan negara itu berkeupayaan untuk menyerang Amerika Syarikat dengan senjata nuklear dan menghalang serangan Washington.

Pegawai-pegawai ketenteraan Korea Selatan sedang siap sedia kemungkinan pelancaran peluru berpandu dari Korea Utara pada minggu ini, membabitkan pesawat Amerika Syarikat dan kapal selam nuklear.

Parti Komunis China juga akan memulakan mesyuarat politik penting dalam tempoh lima tahun pada hari Rabu.

Isnin lalu, Rusia menggesa Amerika Syarikat mengurangkan latihan ketenteraan berhampiran Korea Utara.

Gesaan itu dibuat bagi mengurangkan ketegangan antara Korea Utara dan Amerika Syarikat.

“Saya tidak ingat bagaimana situasi ketika perasaan bahawa bencana semakin jelas,” kata Tass yang memetik Duta Rusia ke Korea Utara, Alexander Matsegora sebagai berkata.

Interfax Rusia melaporkan pada Isnin tentang kemungkinan pertemuan minggu ini antara Joseph Yun, wakil Amerika Syarikat untuk Korea Utara dan Choe Son Hui, Ketua Amerika Utara di Kementerian Luar Negeri Korea Utara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast