Home Dunia Pesawat berpatah balik, AirAsia mohon maaf

Pesawat berpatah balik, AirAsia mohon maaf

JAKARTA – AirAsia memohon maaf kepada para penumpang berikutan masalah teknikal yang berlaku dalam penerbangan dari Perth ke Denpasar pasa malam Ahad lalu,

Masalah itu menyebabkan pesawat QZ535 terpaksa berpatah balik ke Perth selepas 25 minit penerbangan.

“AirAsia memohon maaf atas ketidakselesaan,” kata Ketua Keselamatan Kumpulan AirAsia, Ling Liong Tien.

Katanya, semua penumpang telah diterbang ke Denpasar dengan pesawat lain.

Juruterbang yang membawa 151 orang penumpang itu berjaya mendaratkan pesawat berkenaan di Lapangan Terbang Perth pada 12.20 pagi (waktu tempatan).

Pesawat itu dipercayai mengalami masalah teknikal selepas turun daripada ketinggian 32,000 kaki kepada 10,000 kaki tanpa amaran.

Keadaan mencemaskan ketika itu kerana topeng oksigen terkeluar menyebabkan kebanyakan penumpang berasa akan mati.

“Semua orang panik apabila topeng oksigen jatuh dan tidak ada sesiapa memberitahu apa yang berlaku,” kata seorang penumpang wanita. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast