MANCHESTER – Jose Mourinho mendedahkan bahawa Paul Pogba sebenarnya tidak selesa bermain dengan Blaise Matuidi di bahagian tengah skuad Perancis.
Pemain tengah berusia 24 tahun kini dalam proses pemulihan kecederaan hamstring.
Musim ini, Pogba dilihat mula mendapat rentaknya di Manchester United selepas digandingkan dengan Nemanja Matic.
Namun Mourinho berkata, Pogba tidak gemar dengan percaturan Didier Deschamps.
“Dia mampu cipta sejarah kerana memiliki bakat yang besar hebat.
“Kami mempunyai keseimbangan di bahagian tengah dan mengawal ruang dengan lebih baik.
“Dengan Matuidi, saya rasa dia tidak gembira,” kata pengendali warga Portugal itu ketika diwawancaea wartawan Perancis. – MalaysiaGazette