Home Nasional Polis belum dapat pengesahan kematian Mahmud

Polis belum dapat pengesahan kematian Mahmud

Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mendapatkan maklumat lengkap daripada pihak keselamatan Filipina susulan laporan kematian militan kelahiran Malaysia, Mahmud Ahmad dalam pertempuran dengan tentera di Marawi City, tengah malam tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan laporan tersebut sebelum mendapat maklumat terperinci identiti sebenar militan yang terbunuh itu.

“Kita (PDRM) akan berhubung dengan pihak keselamatan Filipina untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang laporan kematian Mahmud Ahmad di Marawi sebelum sebarang pengesahan dapat dibuat,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Agensi berita antarabangsa melaporkan, menurut tentera Filipina, Mahmud berkemungkinan besar terbunuh dalam pertempuran tengah malam tadi, yang turut mengorbankan 13 pemberontak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast