Rumah Lee Kuan Yew yang terletak di 38, Oxley Road menjadi pertikaian,

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong tidak pasti sama ada pertikaian dengan adik beradiknya berhubung kediaman bapa mereka di 38 Oxley Road telah diselesaikan.

Beliau berkata, perkara itu kini terbiar “begitu sahaja” dan memberitahu beliau tidak pernah berkomunikasi dengan Lee Hsien Yang dan Lee Wei Ling.

Persengketaan antara adikberadik itu meletus apabila Hsien Yang dan Wei Ling mengeluarkan kenyataan di Facebook bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Hsien Loong.

Mereka juga mendakwa, Hsien Loong telah menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri untuk mempengaruhi jawatankuasa menteri bagi mempertimbangkan pilihan dalam menentukan kedudukan rumah Lee Kuan Yew.

Beliau berkata, tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan penyalahgunaan kuasa dan beliau serta kerajaan telah bertindak dengan betul dan dengan proses yang sewajarnya.

Hsein Loong mengakui beliau sedih dengan persengketaan tersebut.

Ditanya bagaimana hubungan beliau dengan adik-beradiknya dan sama ada berharap dapat kembali bersatu, Hsien Loong berkata: “Saya rasa masih seperti itu. Mungkin satu hari ketika emosi mereka reda, tidak mustahil keadaan kembali baik. Perkara-perkara ini mengambil masa”. – MalaysiaGazette