Inilah wajah 'jembalang' yang terakam sebelum proses 'memindahkannya' dari seorang pesakit ke sebatang pokok oleh Md. Rosdi.

KUALA LUMPUR – Pokok sebesar pemeluk ‘meletup’ dan tumbang selepas seorang pengamal perubatan Islam merawat seorang pesakit diganggu jembalang.

Individu yang dikenali Ustaz Md. Rosdi Hasan itu pada mulanya dilihat mengikat baju dan kain di kaki pesakit kepada sebatang pokok.

Inilah pokok yang tumbang selepas proses ‘memindahkan’ jembalang oleh Md. Rosdi.

Semasa merawat dengan bacaan ayat-ayat al-Quran, tiba-tiba pokok tersebut ‘meletup’ dan tumbang.

“Usaha memindahkan jembalang yang sering mengganggu seorang wanita lebih daripada 20 tahun berjaya dilakukan meskipun terpaksa berhadapan dengan risiko yang tinggi.

“Pada mulanya semua lampu yang dipasang meletup sehinggakan kami terpaksa menggunakan api lilin dan bantuan torchlight sahaja,” ujarnya dalam kenyataan di media sosialnya.

Lokasi dan identiti mangsa tidak dinyatakan.

Md. Rosdi mendakwa sebelum bacaan Yasin dan zikir munajat dimulakan, satu wajah ‘jembalang’ telah muncul dibelakang pesakit.

Jembalang inilah yang sering mengganggu wanita itu dan itu berjaya dipindahkan ke sebatang pokok sebesar pemeluk sehingga tumbang, katanya.

Sebelum itu, rakaman videonya menarik ular dari badan pesakit, membakar pokok menggunakan kopiah dan menarik keris dalam tanah juga tular.- MalaysiaGazette

‘Tarik’ ular dari badan pesakit, bakar lempar kopiah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast