KUALA LUMPUR – Philipines AirAsia Inc. merancang untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Clark sebagai hab operasi syarikat penerbangan tambang murah itu berikutan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk menampung pertumbuhan syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Filipina, Dexter Comendador berkata, Clark menghapuskan yuran lapangan terbang, pendaratan dan pelepasan pesawat.

Clark terletak di Pampanga manakala NAIA terletak di Metro Manila.

“Kami merancang untuk menjadikan Clark sebagai hab utama kerana Manila terlalu sesak.

“Jika kami mempunyai 70 pesawat dalam tempoh 10 tahun akan datang, kami sudah tidak mempunyai tempat untuk memakir pesawat di Manila.

“Disebabkan pembukan Clark sebagai hab, kami merancang untuk terbang ke Korea, China, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Macau dan Taipei,” katanya kepaad pemberita di luar sebuah taklimat di Taguig City minggu lalu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast