KUALA LUMPUR- Pertubuhan Invoke Malaysia (INVOKE) yang ditubuhkan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang turut menggunakan latar Jalur Gemilang sebagai logo rasmi kini menjadi milik blogger kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang juga dikenali sebagai Papagomo.

Azri dalam satu sidang media hari ini memperkenalkan Invoke Solution sebagai organisasi yang baharu ditubuhkan bagi mengumpul dana awam melalui akaun organisasi tersebut bagi menampung kos saman yang dihadapinya.

Bagaimanapun, logo Invoke tersebut kini menjadi milik Azri setelah ianya didaftarkan dibawah Perbadanan harta intelek Malaysia (MyIPO).

“Logo dan nama Invoke adalah hak milik saya dibawah pendaftaran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Atas syarikat Invoke Solution yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.”

Dalam sidang media yang dibuat secara langsung menerusi akaun Facebook miliknya, Azri memberi amaran kepada Rafizi agar berhenti menggunakan logo tersebut atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.

“Saya dengan ini memberi amaran dan ingatan kepada YB Rafizi Ramli agar berhenti dari terus menggunakan logo dan perkataan invoke. Jika tidak, tindakan saman akan diambil kerana telah menciplak logo dan nama invoke milik saya.

“Walaupun Rafizi Ramli idola saya, saman tetap saman,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.