KUALA LUMPUR – Nampaknya bukan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sahaja dibidas dalam isu tragedi Tanjung Bungah malah timbalannya, R. Ramasamy juga menjadi bahan kritikan.

Presiden Persatuan Aduan Rakyat Malaysia (PAR), Datuk A. Chandrakumanan hari ini membidas Ramasamy kerana gagal bertanggungjawab terhadap tragedi tanah runtuh itu sehingga mengorbankan 11 nyawa pekerja asing dan seorang tempatan pada minggu lalu.

Chandrakumanan menyifatkan tindakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu bukan sikap seorang pemimpin berjiwa rakyat.

“Ini bukan cara bagaimana seorang pemimpin bertanggungjawab seharusnya bertindak semasa bencana.

“Ramasamy seharusnya bertindak bijak dan menerima kritikan serta fakta secara terbuka bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP membuat kesalahan meluluskan projek perumahan yang dianggap tidak selamat oleh Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli,” katanya dalam kenyataan.

Chandrakuman berkata, beberapa aktivis alam sekitar serta badan bukan kerajaan yang diketuai pemimpin pembangkang seperti Datuk S. Ambiga juga meluahkan kebimbangan mengenai projek pembangunan di lereng dan cerun bukit di negeri itu secara rakus oleh pemaju.

“Kini masanya untuk kerajaan negeri pimpinan parti chauvinis DAP untuk menjelasklan kenapa membenarkan projek perumahan itu di lereng bukit yang disahkan tak selamat sehingga mengabaikan suara dan kebajikan rakyat negeri itu.

“Tidak adil dengan kenyataan Ramasamy bahawa hanya 10 warga asing dan seorang warga tempatan terbunuh tanpa melihat nilai nyawa itu.

“Apa yang cuba dikatakan Ramasamy? Adakah tindakan serius hanya diambil jika mereka yang maut hanya melibatkan warga Malaysia, memang tak masuk akal.

“Kerajaan negeri perlu menjelaskan kepada rakyat negeri bagaimana projek itu diluluskan dan tender diberikan sedangkan Jabatan Alam Sekitar menolak atas faktor keselamatan pada tahun 2015,” tegasnya.

Beliau juga menempelak Ramasamy yang didakwa angkuh serta berkelakuan seperti ‘gengster’ bukannya seperti orang nombor dua negeri.

“Memang ada sebab kenapa forum Pulau Pinang harus diberi maklumat benar dan tepat, namun Guan Eng tidak mengambil peduli dengan negeri, sebaliknya mementingkan jawatannya sahaja.

“Tindakan Lim Mah Hui yang mendesak Guan Eng letak jawatan jika tidak mengambil serius dan menghadiri dialog tentang tragedi tanah runtuh memang wajar, dan guang eng haru malu dengan diri sendiri,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.