Kawalan keselamatan yang lebih ketat dikenakan di semua lapangan terbang di Amerika Syarikat mulai 26 Oktober ini. foto Agensi

WASHINGTON – Peraturan baru mengenai semua penerbangan yang dikendalikan Amerika Syarikat berkuat kuasa pada 26 Oktober termasuk pemeriksaan penumpang yang ketat untuk mematuhi langkah-langkah keselamatan.

Syarikat-syarikat penerbangan berkata, temuduga terbuka mungkin antara langkah-langkah keselamatan yang akan akan dilaksanakan pada hari tersebut.

Peraturan baru itu akan membabitkan 325,000 penumpang pesawat dalam 2,000 pesawat komersial yang tiba setiap hari di Amerika Syarikat, 180 syarikat penerbangan dari 280 lapangan terbang di 105 buah negara dan kumpulan industri perdagangan bagi Amerika Suarikat.

Pelaksanaan peraturan baru itu akan menyebabkan gangguan.

Amerika Syarikat telah mengumumkan peraturan baru itu pada bulan Jun bagi mengakhiri peraturan kerajaan berhubung alat peranti elektronik dari 10 lapangan terbang di lapan buah negara di Asia Barat dan Afrika Utara berikutan ancaman keselamatan.

Sekatan-sekatan itu ditarik balik pada bulan Julai tetapi pentadbiran Donald Trump mengatakan ia dapat mengembalikan langkah-langkah itu berdasarkan kes demi kes, jika syarikat penerbangan dan lapangan terbang tidak meningkatkan keselamatan.

Syarikat-syarikat penerbangan telah diberi masa sehingga Khamis ini untuk melaksanakan ujian mengesan bahan letupan.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat pada Jun lalu telah meningkatkan keselamatan di sekitar pesawat dan di kawasan penumpang, dan tempat-tempat lain yang mana pelancong diberi pengesahan sebelum terbang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast