Home Politik PH tawar gaji minimum RM1,500

PH tawar gaji minimum RM1,500

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) mencadangkan gaji minimum sebanyak RM1,500 sebulan untuk dibiayai menerusi sistem bayar bersama.

Sekiranya memenangi PRU-14, kerajaan dibawah PH akan membiayai sebanyak 50 peratus peningkatan selama tempoh tiga tahun selain akan meminta syarikat-syarikat melakukan perkara sama.

Dalam perasmian Belanjawan Alternatif 2018 oleh Presiden PH, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini, pihaknya juga mengiktiraf permintaan semasa untuk gaji minimum sebanyak RM1,800

Bagaimanapun, kaedah dan mekanisme terhadap pelaksanaan cadangan ini tidak dijelaskan secara terperinci. – MalaysiaGazette