LOS ANGELES – Abang Stephen Paddock yang merupakan penembak rambang tragedi di Las Vegas bulan lalu ditahan kerana disyaki memiliki bahan pornografi kanak-kanak.
Bruce Paddock, 59, ditahan setelah polis menerima 20 aduan terhadap dirinya.
Tangkapan dibuat setelah aduan yang dibuat mengenai pemilikan bahan pornografi terhadap kanak-kanak dan remaja serta 19 lagi eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak.
Menerusi aduan yang ditandatangani pada hari Selasa oleh timbalan peguam daerah Los Angeles pada tarikh 1 Januari hingga 30 Ogos 2014, Bruce memiliki lebih 600 foto porno yang melibatkan kanak-kanak dan remaja.
Material yang ditemui termasuklah sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak yang berusia 12 tahun dan ke bawah.
Mengikut kenyataan polis, Bruce ditahan untuk siasatan selepas polis menemui bukti di tempat perniagaannya di Sun Valley.
Bagaimanapun kes ini telah disiasat sebelum kejadian tembakan rambang yang membunuh 58 nyawa di Las Vegas. – Agensi