Home Dunia Jong-un ucap tahniah kepada Jinping

Jong-un ucap tahniah kepada Jinping

SEOUL – Kim Jong-un mengucapkan tahniah kepada Xi Jinping sambil berharap Presiden China itu berjaya dalam menjalankan tugas pada masa depannya sebagai ketua negara.

Ia merupakan mesej yang jarang dilakukan oleh pemimpin Pyongyang itu.

Dalam mesej itu, Jong-un menyatakan keyakinan bahawa hubungan antara kedua-dua negara akan berkembang demi kepentingan rakyat kedua-dua negara.

“China telah memasuki laluan sosialisme dengan ciri-ciri China dalam era baru” di bawah bimbingan Xi,” kata Jong-un dalam mesej tersebut, menurut agensi berita.

Surat itu diberikan sehari selepas pemimpin China itu selesai menganjurkan kongres Parti Komunis. – MalaysiaGazette