JAKARTA – Kebakaran hutan di Indonesia terkawal tahun ini.
Kemuncak musim panas pada September lalu berakhir tanpa sebatang peningkatan jumlah titik panas, menurut Agensi Bencana Kebangsaan (BNPB).
Jurucakap BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata, kebakaran hutan dapat dikawal hasil sinergi semua pihak.
Sutopo menambah, indeks pencemaran udara tahun ini berada di antara lingkungan yang normal dan sihat, penglihatan menjadi normal dan komuniti dapat meneruskan aktiviti seharian tanpa sebarang gangguan besar.
Di samping itu, tiada lapangan terbang terpaksa ditutup kerana jerebu.
Sejumlah 2,400 titik panas telah dikesan setakat ini berbanding 3,563 dalam tempoh yang sama pada 2016, menurut rekod yang dibuat oleh satelit Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA).
Ia menyaksikan penurunan 32.6 peratus titik panas.
Indeks pencemaran udara berada di antara lingkungan yang normal dan sihat, penglihatan menjadi normal dan komuniti dapat meneruskan aktiviti seharian tanpa sebarang gangguan besar.
Berdasarkan analisis satelit oleh Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan, kebakaran hutan yang berlarutan juga berkurangan.
Pada tahun lalu, sejumlah 124,983 hektar tanah musnah dalam kebakaran, kurang daripada 438,360 hektar yang direkodkan pada tahun 2016. – MalaysiaGazette