Gambar hiasan

SEOUL – Harga minyak mentah naik dalam dagangan awal hari ini dengan Brent terus melonjak ke paras tertinggi 27 bulan.

Kenaikan itu dipacu oleh kenyataan Putera Mahkota Arab Saudi yang menyokong lanjutan pengurangan bekalan minyak oleh OPEC.

Harga hadapan Brent naik kepada AS$59.39 setong – kenaikan tertinggi sejak 3 Julai 2015.

Minyak Amerika Syarikat, West Texas Intermediate juga meningkat 0.08 peratus kepada AS$52.68 setong.

Putera Mahkota, Mohammad Bin Salman berkata, Arab Saudi menyokong lanjutan pengurangan bekalan minyak bagi menstabilkan permintaan dan bekalan minyak.

OPEC dan beberapa pengeluar lain telah bersetuju mengurangkan kira-kira 1.8 juta tong sehari sehingga suku pertama 2018 bagi menangani lebihan bekalan minyak.

Pertubuhan itu dijangka bermesyuarat di Vienna pada 30 November ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast