Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Fadillah Yusof mengingatkan pembangkang supaya tidak mengambil kredit daripada pengumuman penghapusan tol yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada bajet 2018.

Katanya, keputusan untuk menghapuskan tol merupakan idea UMNO Selangor yang mahu kerajaan pusat menghapuskan tol di negeri itu.

“Bajet kali ini merupakan bajet paling efisyen. Ini akan membantu pergerakan untuk mobilisasi rakyat. Kejutan, sudah pasti dengan penghapusan tol di Batu 3 dan Sungai Rasah di Selangor, dan Bukit Kayu Hitam di Kedah. Begitu juga di Johor.

“Jangan pula nanti pembangkang kata ini perjuangan mereka. Sebenarnya ini hasil daripada UMNO selangor yang mahu tol ini dihapuskan jadi, dalam bajet kali ini, kita mansuhkan dua di Selangor,” katanya. – MalaysiaGazette