Wan Azizah lompat kerusi
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail lompat kerusi bertanding di Parlimen Pandan bagi memberi laluan kepada anaknya Nurul Izzah Anwar di Parlimen Permatang Pauh pada PRU14

KUALA LUMPUR – Ramai terkejut apabila Perdana Menteri mengalu-alukan Kak Wan semasa membentangkan Bajet 2018 di Parlimen.

Malah apabila Datuk Seri Najib Razak menyebut nama Kak Wan atau Wan Azizah – ramai pada mulanya menyangka ia merujuk kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga lebih dikenali sebagai Kak Wan.

Bagaimanapun rupa-rupanya Kak Wan yang dialu-alukan Najib itu ialah seorang ahli perniagaan berjaya, Wan Azizah Wan Salleh yang juga pada asalnya seorang peminjam TEKUN.

“Menyentuh hal ini,… kita sesungguhnya berasa simpati dan berbaur
kagum dengan ketabahan seorang insan bernama Wan Azizah atau
lebih dikenali dengan nama Kak Wan.

“Dalam menempuh liku-liku hidup beliau yang begitu mencabar namun berkat kesabaran
Kak Wan terus cekal berjuang. Nampaknya, Kak Wan ada bersama-sama kita pada hari ini.

“Justeru, marilah kita sama-sama memberi tepukan kepada Kak Wan Azizah binti Wan Salleh, yang berada di atas sana contoh Sahabat AIM yang telah berjaya menjadi jutawan di bidang ternakan dan pemprosesan ayam, dengan modal permulaan hanya sebanyak 500 ringgit daripada AIM sejak 1993,” kata Najib semasa membentangkan Bajet 2018 di Parlimen hari ini.

Najib sebelum itu mengumumkan dana bagi pinjaman TEKUN dinaikkan sebanyak RM500 juta.

Menurut Najib, Wan Azizah mengharungi pelbagai dugaan dalam perniagaan ayamnya dan kini sudah bertaraf jutawan.- MalaysiaGazette