Datuk Seri Shafie Apdal dibebaskan dengan ikat jamin.
Datuk Seri Shafie Apdal dibebaskan dengan ikat jamin.
KOTA KINABALU – Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan hari ini setelah direman tujuh hari.

Anggota Parlimen Semporna itu dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin tempatan dan RM80,000 deposit.

Perintah pembebasan Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) dibuat oleh Majistret Cindy Mc Juce Balitus selepas mendengar permohonan SPRM yang diwakili Pegawai Pendakwanya Faliq Basiruddin.

Sebelum itu, Shafie tiba di mahkamah dengan berpakaian biasa kira-kira 9.30 pagi disambut laungan ‘bebaskan Shafie’ daripada penyokongnya yang berkumpul di luar perkarangan mahkamah.

Beliau ditahan SPRM pada 19 Okt lalu dan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah.

Perintah reman itu kemudian dilanjutkan empat hari pada 23 Okt dan berakhir hari ini.

— BERNAMA





IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast