TAIPING – Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut terperosok di bawah ambulans dalam kemalangan di Jalan Kg Senduk Tengah dekat sini pukul 11.11 pagi tadi.
Kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan ambulans itu juga menyebabkan tiga cedera termasuk dua pegawai perubatan.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Taiping berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut sekitar 11.11 pagi dan bergegas ke lokasi insiden
“Kanak-kanak lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir dan pembonceng motosikal iaitu seorang kanak-kanak berusia 12 turut mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Menurut beliau, anggota bomba Taiping kemudian telah bertindak mengangkat mangsa cedera ke dalam ambulans dan menyerahkan mangsa yang meninggal dunia kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.
“Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Izuan Che Ibrahim itu tamat sekitar 11.48 pagi,” ujarnya lagi.
Comments are closed.