Home Dunia Kim Jong-un lawat kilang kosmetik

Kim Jong-un lawat kilang kosmetik

Gambar santai Kim Jong-un ketika melawat kilang kosmetik di Pyonyang. foto Agensi

SEOUL – Kim Jong-un dikenali dunia kerana teruja dengan aktiviti ujian peluru berpandu dan nuklear membuat penampilan berbeza apabila melawat kilang kosmetik di Pyongyang.

Lawatan ke kilang yang baharu dinaik taraf itu diiringi oleh ahli-ahli parti dan isteri beliau, Ri Sol-ju.

Kilang itu pernah dilawati oleh ayahnya, Kim Jong-il 14 tahun lalu.

Lawatan itu sekali gus menyaksikan kelainan gambar Jong-un bersama-sama produk kecantikan berbanding kebiasaannya pemimpin itu dengan peluru berpandu dan senjata.

Jong-un yang memuji kilang itu mahu ia menghasilkan produk kosmetik yang bertaraf dunia. – MalaysiaGazette