KUALA LUMPUR – Hujan lebat selama beberapa jam bermula pukul 3 petang tadi sekali lagi menyebabkan banjir kilat di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang dan menyebabkan kesesakan jalan raya.
Banjir kilat sehingga air melimpah naik ke jalan berdekatan Bangsar South di sini menyebabkan kenderaan bergerak perlahan menuju ke Lebuhraya Persekutuan.
Selain Bangsar, beberapa kawasan di Petaling Jaya, Bukit Kemuning juga mengalami kesesakan jalanraya akibat kemalangan kecil dan pokok tumbang.
Beginilah nasib warga kota sekian lama.- MalaysiaGazette
Comments are closed.