Mohd Safee Mohd Sali

SHAH ALAM – Ayam tambatan PKNS FC, Mohd Safee Mohd Sali masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya bersama pasukan itu untuk musim hadapan.

Katanya, beliau akan memikirkannya dalam masa terdekat bagi memudahkan beliau dan pasukan membuat persiapan bagi kempen musim 2018.

“Untuk musim hadapan saya belum buat keputusan tetapi saya akan lakukannya secepat mungkin sebagai persiapan musim hadapan,” katanya memetik laporan sebuah laman portal.

Mohd Safee membuat keputusan menyertai PKNS FC selama semusim selepas beraksi bersama Johor Darul Takzim (JDT) sejak 2013.

Beliau sebelum ini pernah beraksi bersama Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur selain berkelana di Liga Indonesia dengan kelab Pelita Jaya. – MalaysiaGazette