Orang ramai dan pelanggan di sekitar sebuah pusat hiburan bertaraf empat bintang gempar apabila 25 das tembakan dilepaskan dalam satu kejadian di Bukit Bintang di sini pada kira-kira 10.50 malam tadi.

JOHOR BAHRU – Polis menahan dua lagi lelaki Bangladesh berusia 35 tahun bagi membantu siasatan kes dua kanak-kanak yang dipercayai dilacurkan ibu mereka.

Dengan tertangkapnya dua lelaki itu, menjadikan jumlah lelaki warga Bangladesh yang ditahan bagi siasatan kes tersebut sehingga hari ini adalah seramai tujuh orang.

Dua lelaki Bangladesh itu ditahan petang semalam manakala lima lelaki Bangladesh yang merupakan pekerja kilang di kawasan Senai berusia antara 28 hingga 42 tahun ditahan awal pagi semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, pada 1.30 petang hari ini, polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang merupakan majikan kepada lelaki Bangladesh itu bagi membantu siasatan.

Tambahnya, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

“Polis sudah mengenalpasti suspek utama dan sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akhbar semalam melaporkan, seorang ibu tergamak ‘menjual’ dua anak perempuannya masing-masing berusia lapan dan 10 tahun kepada tiga lelaki asing di sebuah hotel bajet di bandar raya ini.

Perbuatan ibu dua kanak-kanak itu yang berusia 39 tahun dan dipercayai sudah sebulan menjakankan kegiatan itu bagaimanapun terbongkar apabila dia ditahan polis di kediamannya di Taman Bintang, Senai pada Rabu lepas. – MalaysiaGazette.