KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) teruja dan menyambut usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan siasatan terhadap sindiket perjudian yang kononnya didalangi beberapa individu dikenali sebagai 9 Dragon di negara ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menyambut baik dan memuji ketegasan polis yang tidak berkompromi dengan sindiket perjudian yang kini menjadi barah kepada masyarakat.

“Kita tidak ada apa apa untuk mengulas mengenai 9 Dragon. Bagus Polis serius menyiasat mengenainya. Kita teruja dan berterima kasih kepada polis yang sangat serius dalam membendung perjudian haram itu yang dibimbangkan oleh rakyat negara ini.

“Dulu, kita dapat melihat pusat perjudian haram di merata tempat seperti cendawan tetapi kini saya rasa susah nak cari pusat judi khususnya di ibu kota ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Husainy Hashim kelihatan bercakap sesuatu dengan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (kanan) di Pejabat PPIM, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 OKTOBER 2017

Tambah Nadzim, beliau turut difahamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga serius mahu sindiket perjudian haram dihapuskan.

“Cuma saya mengharapkan sokongan rakyat sebagai pengguna matang perlu diperkuatkan lagi untuk polis bagi menangani dengan jayanya perjudian haram itu.

“Kita akan terus cuba melakukan yang terbaik untuk melindungi pengguna di negara ini daripada kezaliman dan dianiayai pihak tertentu.

“Saya ingin jelaskan masalah ahlong dapat dikurang dan dikawal daripada menzalimi pengguna dan bukannya seperti di India dan Pakistan masih ada pengguna yang membunuh diri kerana tidak dapat menahan penderaan dan tekanan ceti haram,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast