Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Perak tetap akan mengadakan pendengaran awam pada prosiding melibatkan bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berhubung isu Perbadanan Menteri Besar (MB. Inc). 
Zambry Abd Kadir

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan tindakan Parti Amanah Negara (PAN) Perak yang berterusan memfitnahnya berhubung penganugerahan Ikon BrandLaureate sebagai menjengkelkan dan tidak ubah seperti anai-anai.

“Mereka ini ibarat serangga perosak atau anai-anai yang pernah merobohkan sesuatu bangunan dan kini apabila sudah keluar cuba melakukan kerosakan di tempat lain,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi bahawa anugerah ‘The BrandLaureate Nation Building Brand ICON Leadership Award – Game Changer Icon’ yang diberikan kepada Zambry pada Ogos lalu, dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) berjumlah RM381,113.86.

Hari ini, Pakatan Harapan Perak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan itu.

Mengulas lanjut, Zambry berkata tindakan pihak berkenaan juga lebih kepada membunuh karakter beliau untuk menggambarkannya sebagai pemimpin yang gila mengumpul anugerah dan penghargaan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.